Saya ada menyediakan khidmat membuat hamper atau hadiah. Tak kira lah hadiah untuk orang kahwin, harijadi atau mendapat cahaya mata . Ini bergantung juga permintaan daripada pelanggan untuk tema, bajet dan jenis produk Tupperware yang mereka inginkan.
Tapi memang betul, Tupperware kalau diletakkan dalam bentuk hamper memang CANTIK!! Meletup-letupkan hahaha.
Bagi saya jika diberikan hamper makanan, baik digantikan saja dengan hamper tupperware, sebab tupperware memang everlasting. Tahan lama dan boleh dipakai ke mana-mana. Boleh jadi kenangan kepada kita.
Kalau dijaga dengan baik, bila anak-anak dah besar pun barang Tupperware yang kita pakai dari dulu pun masih ada. Contohnya rumah emak saya masih ada lagi koleksi tupperware yang lama-lama walaupun dah agak lusuh tapi boleh dipakai dan ditukar penutup secara percuma.
Hebat kan!!
Bak kata orang tua
Alah Membeli Menang Memakai.......:)
No comments:
Post a Comment