Tuesday, 20 May 2014

PARTY TUPPERWARE TERBAIK!!


Actually aku akui huru hara sikit minggu lepas. Asalnya nk ke Kuching pada minggu ketiga tapi tak jadi sebab jadual terlalu pack. Jadi aku booking tiket hari Khamis, 9 Mei untuk flight pergi pada 12 Mei dan balik pada 14 Mei.

Adui. Kerja last minute memang kelam kelibut. Dah book tiket(mujur ada tiket Air Asia dari JB ke Kch). Lepas tu kalut cari penginapan dan kete sewa haha. Aku cari homestay yang ada siap dapur dan mesin basuh. Mujur ada Agoda.com. Rumah homestay aku cari area Matang Jaya sebab aku stay kat situ dulu. Familiar sikit tempat ni.

Kereta sewa ada provide sekali dgn pakej homestay ni. Jadi kira berbaloi dan senang kerja sikit. So RD Guest House Matang Jaya jadi pilihan yang di Taman Sri Perkasa. Rumah teres 3 bilik, 2bilik air. 3 hari 2 malam total RM360. Oklah tu.


Flight dr JB pada pukul 7pg dan mendarat pukul 8.40 pg. Kete sewa tiba jam 9 pagi. Lepas tu husband terus drive menuju ke Matang Jaya. Hehe ingat lagi dia jalan di Kuching ni. Singgah di Choice Supermarket beli barang untuk masak2.

Call homestay masih ada org belum check out lagi. Katanya pukul 12.30 boleh masuk lepas buat housekeeping. So aku dan husband datang ke rumah member yang kebetulan cuti pada hari tersebut. Borak2 sambil siapkan bahan nak masak, pukul 12 kami baru dpt masuk homestay. Itupun cleaner tu kelam kabut cuci dan mop rumah tu.

Dan pukul 1 hingga 4 petang baru aku dapat buat program party dan coaching dengan team Tupperware aku.

Setup water filter.

Dua leader terbaik Mega Aces.Kim dan Kak Kasmah. Love you all ao much hehe


Lepas selesai team kami setuju untuk beli 3 Nano Water filteration dan daftar ahli baru. Kemudian belajar masak guna Wok Tupperchef Inspire. Pergh hah best betul kuali ni!! Jauh Kak Kasma bawa dari Klang haha

14 Mei 2014. Pagi-pagi aku, Kak Kasma dan anak dia berkemas dan bersiap ke Kolej Komuniti Kuching. Ada seminar untuk kursus masakan sihat dan tanpa minyak daripada Tupperware Brands. Kim dah sampai kolej pukul 8.15 pagi, hehe kitorang terhegeh2 masih kat Matang Jaya. Breakfast dulu dan sempat lagi singgah pasar beli sayur untuk masak kat kolej.

Kolej Komuniti Kuching di Jalan Sultan Tengah, Kuching. Peserta program dalam 10 orang.

Kim memulakan sesi pertama berkenaan penapisan air yang kaya dengan mineral tambahan serta bersih dan bebas klorin-Nano Nature Water Filtiration

Demo yang ditunjukkan.

Memang seronok dan gembira bila buat Party Tupperware macam ni. 

Aik sempat pulak dia terangkan plan marketing for business purpose. Tapi Tupperware boleh jana side income itupun kalau ada kemahuan dan keinginan.

Jom masak Kangkung Belacan tanpa MINYAK tau!!

Selamat menjamu selera selepas masak. 
Masakan sihat- bihun goreng tom yam vegaterian. 

Buat game, seronok dapat gift Tupperware. At the end, 6 orang closed jadi ahli dan beli Nano Nature Water Filtiration dan seorang staf beli Inspire Wok TupperChef

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada 2.00 petang. Happy dan kenyang peserta sebab makan masakan yang dibuatkan. Habis saja program, Kim dah bertolak awal ke airport sebab flight dia lebih awal dari kami jam 5.00 petang.


Check in, ready nak berlepas balik ke Senai Airport jam 9.40 malam. 

Akhirnya selamat sampai di Senai Airport jam 11.00 malam. Ambil kereta parking kat Open Car Park Senai Airport. Charge RM 80.00 untuk 3 hari. Lepas tu terus check in Hotel Seri Malaysia di Larkin tidur satu malam. Haha adui penatnyer tapi puas hati kan..... sembilan filter dijual dan daftar ahli baru sekali gus. 


HASNY
012 7597929





BUAT KERABU MANGGA DENGAN CEPAT!

Sesiapa pernah makan kerabu mangga kat Chicken Rice Shop!?? Atau pun makan kat restaurant tomyam ker? hah ni cara mudah nak buat kerabu mangga 'homemade'. Tak susah pun, aku buat dalam 10 minit jer!

1 biji mangga epal muda.
2 sudu besar sos ikan
1sudu besar udang kering
1 sudu besar kacang goreng
1 biji bawang besar
3 tangkai cili kering( nak pedas tambah lagi)
1 sudu gula.
* Garam tak pakai sebab sos ikan dah masam masin. 

Sebab apa sekejap jek nak buat? Sebab aku pakai produk Tupperware bawah ni. Memang CEPAT dan PANTAS gitew!!
Peralatan yang digunakan
- 1 set turbo chopper
- 1 set Kitchen on the Move

From Tupperware Brands





Mangga epal yang muda. Kupas kulit 

Parut mangga epal yang dikupaskan pakai Set Kitchen on the Move!

Tengok, senang je nak parut mangga kan, lols

Turbo Chopper- letak bawang, udang kering, cili dan kacang. Pastu tarik talinya 3 atau 4 kali.

Hasilnya daripada Turbo Chopper

Letak semua bahan tadi. Tabur gula dan tuang sos ikan. 
Gaul ratakan bahan dan rasa


Ok siap!! letak dalam mangkuk tupperware yang cantik. Boleh makan.

CEPATKAN!!
MUDAH KAN!!
Semua orang boleh masak :')


Friday, 9 May 2014

JOM PARTI TUPPERWARE DI KUCHING.


Salam Sejahtera pembaca blog semua,

Minggu depan saya dan team Mega Aces akan terbang ke Kuching untuk mengadakan Parti Tupperware di dua lokasi.

Tarikh : 12 MEI 2014
Lokasi : Taman Yen Yen, Matang Jaya
Jam : 1.00 tengahari.


Tarikh : 14 Mei 2014
Lokasi : Kolej Komuniti Kuching
Jam : 9.00 pagi


JOM WARGA KUCHING!! KITA DATANG BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH SMS ATAU WHATASSAP KAMI

HASNY 
012 7597929

FADZLINA 
017 9019153


Jom Klik Iklan ini